Sejarah hari ini - 19 Januari 1989


Plenetarium merupakan sebuah tempat di mana pelajaran dan pengajaran mengenai sains dan alam semesta dapat dijalankan dengan berkesan sekali. Melalui plenetarium juga, orang ramai
dapat melihat kedudukan bintang-bintang dan cakerawala di langit dengan jelas dan tepat.


Sarawak merupakan negeri pertama di Malaysia yang cuba menangani bidang tersebut, apabila sebuah plenetarium telah dibina dengan jayanya. Plenetarium berharga RM3 juta itu, diberi nama Plenetarium Sultan Iskandar telah dirasmikan pada hari ini 19 Januari 1989 oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Plenetarium itu dilengkapi dengan sebuah layar aluminium berbentuk separuh bola (hemispiar) yang bergaris pusat 15 meter serta mempunyai 176 buah kerusi. Ianya menggunakan projektor Carl Zeiss Sistem 1015 yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat dari Jerman Barat.

Layarnya yang berbentuk separuh bola membuatkan kita seolah-olah menyaksikan keindahan angkasa lepas itu dari sebuah kapal angkasa. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud dalam ucapan di majlis perasmian tersebut berkata, pembinaan plenetarium itu bertujuan membolehkan rakyat Malaysia khususnya dari Sarawak mempelajari kemajuan dalam ilmu pengetahuan masa kini.

Sesungguhnya dengan pembinaan plenetarium tersebut diharap akan menjadi ikutan kepada negeri-negeri lain dalam meneroka bidang sains dan alam semesta, demi untuk keperluan dan pengetahuan generasi-generasi di kemudian hari.

Sumber : Arkib

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »