BEG PLASTIK 20 SEN, SIAPA UNTUNG ?


Sebenar apa masalah dengan 20 sen nii ? Susah sangat ke rakyat Selangor nak kuarkan duit 20 sen ni ? Kata negeri kaya, rakyatnya kaya raya, Menteri Besarnya gaji lebh tinggi dari Perdana Menteri, takkan 20 sen pun nak bising ?


Namun itulah hakikatnya yang berlaku di negeri Selangor. Rata-rata rakyat kecewa dengan keputusan kerajaan negeri yang menetapkan bayaran 20 sen untuk bag plastik di setiap pasaraya-pasaraya di negeri Selangor.

Bagi mereka bukan soal 20 sen itu yang mereka pertikaikan, tetapi keputusan yang tidak adil, lebih memberi keuntungan kepada peniaga daripada pengguna. Masakan bag plastik yang bernilai 2,3 sen itu dijual dengan harga 20 sen. Itu tidak masuk akal, kata mereka.

Baru-baru ini apabila Menteri Besar disoal oleh wartawan tentang reaksi rakyat Selangor berkenaan isu bag plastik 20 sen ini, beliau menjawab hasil kaji selidik pegawai-pegawainya rakyat menyambut baik kempen bag plastik 20 sen.

Nampak sungguh bijak sekali pegawai-pegawai MB yang menjalankan tugas tersebut. Adakah betul mereka turun ke padang betul-betul, hanya Tuhan saja yang tahu. Dan adakah benar rakyat Selangor gembira dan menyokong kempen ini ?

Kempen bag plastik 20 sen ini dikatakan dilaksanakan bagi menyahut kempen mesra alam. Misi memelihara dan memulihara alam sekitar memang mesti ditekankan dan disokong. Namun, apa juga dasar yang diambil oleh mana-mana kerajaan mestilah dianalisa secara kritikal.

Namun apa yang dibuat oleh kerajaan Selangor dikatakan terlalu mendadak, mengejut, tanpa ada ‘tempoh bertenang’ bahkan tanpa pilihan mulai 1 Ja­nuari lalu.

Jika sebelum ini hanya satu hari dalam satu minggu iaitu hari Sabtu, sekarang tiap-tiap hari. Patutlah dengan wajah manis dan senyum meleret juruwang pasar raya atau pemilik kedai itu sendiri menawarkan beg plastik. Sudah untung bertambah untung.

Mungkin bagi kerajaan negeri Selangor, inilah satu-satunya cara untuk mendisiplinkan rakyatnya agar tidak menggunakan beg plastik, namun rakyat pula menganggap ini bukan satu-satunya cara yang betul bagi menjaga alam sekitar.

Ada banyak lagi cara untuk memelihara alam sekitar selain dari memberi keuntungan "free" kepada peniaga. Bagi mereka cara ini hanya menambahkan beban ditambahkan lagi dengan kos barang-barangan yang semakin naik.

Kenapa tidak disediakan dahulu beg yang mesra alam sebelum memansuhkan beg plastik ? soal salah seorang pengguna di Selangor.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »