PENCARIAN MH370 DI LOKASI TERAKHIR ?



Bolehkah MH370 ditemui ? Itulah antara persoalan yang menjadi mainan dalam minda setiap peduduk dunia. Namun bagi Paul Kennedy, orang yang bertanggungjawab mengetuai pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370  percaya pesawat itu boleh dan akan ditemui. Menurut beliau dia akan dengan segera melancarkan operasi baru menjelajah ke kawasan baru yang pada anggapannya "Besar kemungkinan" untuk menemui pesawat misteri tersebut. 

MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 orang termasuk anak kapal. Transponder radar kemudiannya dimatikan dan komunikasi radio terpotong selepas 40 minit penerbangan. Radar utama secara automatik mengesan pesawat tersebut berpatah balik ke Malaysia kemudiannya menuju ke Laut Andaman dan seterusnya menuju ke selatan. 

Walaupun Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk menyiasat  pesawat yang hilang kerana ia telah didaftarkan di Malaysia, namun Biro Keselamatan Pengangkutan Australia mengetuai pencarian di dasar laut dengan kos yang dikongsi antara tiga kerajaan Malaysia, China dan Australia.

Isnin lepas, Komisioner Biro Ke­selamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Greg Hood berkata ia adalah "kemungkinan besar" bangkai pesawat yang hilang itu berada di kawasan 25,000sq km yang baru dikenal pasti sejak bulan lepas oleh panel pakar antarabangsa. 

Menurut laporan Hood lagi, terdapat kemungkinan besar bahawa kawasan yang diperhalusi oleh pakar antarabangsa merupakan lokasi di mana pesawat itu bersemadi, namun ia bukanlah satu tempat yang boleh disahkan kesahihannya. Apa pun sebarang keputusan akan ditentukan oleh kerajaan. 

Bulan lalu, ATSB melaporkan pesawat yang malang itu ber­ada sekitar kawasan 25,000 kaki persegi ke utara zon pencarian seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

Julai lalu, Malaysia, Australia dan China bersetuju menangguhkan pencarian pesawat ber­kenaan sekiranya ia tidak ditemui atau tiada bukti baharu yang dapat menentukan lokasi sebenar MH370.

Dalam pada itu Menteri Pengangkutan, Datuk Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, satu pasukan khas tindak balas yang akan diketuai Jabatan Awam (DCA) akan ditubuhkan bagi mengendalikan semua perkara berkaitan MH370 selepas misi pencarian pesawat tersebut digantung. 

Menurutnya lagi segala maklumat termasuk penemuan serpihan pesawat akan diteliti oleh pasukan berkenaan dibantu dengan komitmen berterusan daripada Australia dan China. 

Malaysia akan terus berpegang dengan setiap maklumat yang telah diperolehi agar membawa kepada bukti yang lebih jelas dan dipercayai. Maklumat ini sangat penting bagi mendapat petunjuk yang lebih tepat di mana lokasi sebenar bangkai pesawat tersebut. 

“Apa yang penting semua keputusan berkaitan MH370 sudah dilakukan dan akan sentiasa berada dalam semangat kerjasama tiga negara berkenaan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Facebook (FB) milik beliau dari Perth, Australia, semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan Liow sempena majlis menyambut ketibaan kapal terbabit misi pencarian MH370, Furgo Equator di Kompleks Marin Australia di Pelabuhan Henderson, Perth, Australia.

Mohammad Firdaus Hasnel 
Pemuda Selempang Merah

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »