Callman ni sama je dengan agen insurans. Cuma bezanya mereka banyak habiskan masa di jalan raya, bukan di pejabat yang berhawa dingin. Sebaliknya, 'pejabat' mereka di dalam kereta.
Longkai pula istilah yang digunakan bagi membawa maksud - kerja, ronda-ronda. Sebab tu kalau korang perasan, ada kereta yang ditampal stiker 'rescue team'.
Inchong adalah istilah yang membawa maksud - kemalangan. Ada kemalangan kecil, ada besar yang membawa maut atau cedera parah. Sebab tu callman digelar 'rescue team'. Bukan semata-mata nak tow kereta orang.
Callman adalah orang pertama yang tiba di lokasi kejadian. Sebab apa? Sebab 24/7 hidup mereka atas jalan raya. Bayangkan korang inchong pada awal pagi, tempat terpencil? Callman lah yang akan memberi bantuan awal termasuk hubungi ambulans atau bomba.
Bila kata callman berada atas jalan raya 24/7 maka pasti ada yang fikir callman lah yang buat atau penyebab berlakunya kemalangan seperti menabur minyak atas jalan raya dan seumpamanya.
Guys, ada dengar callman dipenjara sebab buat khianat? Tolonglah buang tanggapan buruk tu. Callman juga ada hati perut, tahu mana halal haram dan tak sanggup nak ke tali gantung atas kesalahan membunuh! Setakat apa yang aku tahu, tidak banyak atau hampir tiada perbuatan khianat sedemikian. Jika korang ada maklumat, mohon segera laporkan kepada polis.
Actually, anak bini callman juga diangkut melongkai. Kalau anak peniaga restoran digelar 'anak tomyam', anak penjaja kecil digelar 'anak lorong'. Begitu juga dengan callman, demi sesuap nasi.
Majoriti callman adalah golongan berpendapatan rendah. Sama seperti Mat Rempit, biarpun dilabel budak jahat secara umumnya, tapi golongan ini jugalah yang banyak membantu masyarakat.
Sumber gaji callman dibayar oleh agensi insurans, mengikut berapa banyak tuntutan kemalangan yang dibuat. Ada masa banyak, ada masa sikit. Ada masa tak dapat sesen walaupun 5 jam berada di lokasi kemalangan. Sedangkan, callman inilah yang memberi bantuan awal seperti mengawal lalulintas dan menenangkan mangsa yang sedang trauma.
Sedia maklum, ada banyak agensi insurans di Malaysia. Tapi jumlah kenderaan yang bergerak atas jalan raya jauh lebih tinggi daripada bilangan tow truck milik insurans. Sebab itu agensi insurans menjadikan bengkel-bengkel yang ada sebagai rakan niaga sebagai jentera sokongan. Ini digelar sebagai panel.
Prosesnya tetap sama. Mana-mana bengkel atau panel tetap perlu membawa kenderaan yang terlibat kemalangan ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.
Kemudian, terserah kepada pemilik untuk membaikinya di mana. Kerana, bengkel-bengkel ini juga menjadi panel kepada syarikat-syarikat atau jenama kenderaan. Misalnya Prooton, Niissan, BMMW, Toyyota, Perrodua dan sebagainya. Ada juga pemilik hantar ke bengkel selain daripada itu kerana tidak mahu menunggu proses yang agak lama.
Lagipun, bengkel ini juga membeli alat ganti di kilang yang sama. Maknanya, alat ganti yang diberikan adalah yang terbaik, original.
Korang sememangnya berhak untuk mendapatkan khidmat tow truck insurans. Terpulang kepada korang. Tapi seperti yang dinyatakan di atas, pihak insurans memiliki kekangan daripada jumlah tow truck atau carrier.
Sebab itu mereka wujudkan panel sebagai sokongan. Bila korang hubungi insurans, mereka tidak akan menolak permohonan korang. Tapi janganlah marah kalau korang terpaksa menunggu berjam-jam untuk tow truck tiba di lokasi kemalangan.
Dalam tempoh itu, macam-macam boleh berlaku. Kalau setakat dimarahi pengguna jalan raya yang lain sebab terlalu lama menghalang trafik atau diragut boleh diterima lagi, bayangkan kalau berlaku kemalangan kedua yang menyebabkan keadaan yang tidak diingini?
Fikirkanlah...
Kesimpulannya :
1. Callman tidak meminta duit korang kerana sumber gaji mereka dibayar oleh pihak insurans.
2. Callman adalah rescue team paling awal sampai ke lokasi kemalangan. Hargailah kewujudan mereka.
3. Ibarat naik Gerab. Korang nak pergi ke tempat sama, buat apa bazir masa hanya kerana nak menunggu kereta Gerab yang ada logo Gerab di atas bumbungnya?
#KLvoice
Sumber KL Voice
Foto Rastafonez