MASIH INGATKAH ANDA KOMPLEKS MEMBELI BELAH INI?


The Mall merupakan sebuah pusat membeli belah yang sudah pasti paling diingati golongan remaja pada era akhir 80an dan 90an.


The Mall yang terletak di pusat bandaraya Kuala Lumpur berhampiran dengan PWTC mula beroperasi pada tahun 1987 dan dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ianya mula menjadi tumpuan masyarakat terutamanya mengunjungi taman tema yang pernah disenaraikan antara yang terbesar di Malaysia pada ketika itu.

Namun, kemunculan pusat membeli belah lain yang begitu pesat membangun telah menyebabkan The Mall semakin kurang mendapat perhatian pengunjung.

Kini selepas 26 tahun beroperasi, The Mall berpindah milik kepada kumpulan syarikat Sunway Berhad berkuatkuasa 1 Mei 2013.

Kerja-kerja menaik taraf bangunan mula dijalankan sejurus termeterai perpindahan milik tersebut.

Pada 28 Mei 2015, Sunway Putra Mall mula diperkenalkan kepada orang ramai.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »