Konflik Grabcar / Uber dengan pemandu teksi bagaikan tidak pernah berakhir. Bila-bila masa sahaja boleh mencetuskan "perang dunia ketiga".
Pelbagai langkah diambil oleh kerajaan melalui SPAD bagi menangani Grab dan Uber ini. Namun rakyat masih lagi memberi sokongan dengan memilih perkhidmatan ini. Bahkan perkhidmatan ini digunakan juga oleh pelancong asing.
Kerajaan tidak boleh menolak kehendak rakyat yang mahukan perkhidmatan yang terbaik. Lagipun sudah bermacam-macam karenah pemandu teksi yang membuatkan rakyat meluat untuk mengunakan perkhidmatan mereka.
Oleh itu, mahu tak mahu kerajaan perlu merangka atau meminda satu undang-undang khusus berkenaan perkhidmatan awam ini.
Pada Jun 2016 lepas, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu cadangan iaiitu Program Transformasi Industri Teksinya antara lain menjelaskan tentang perlunya membenarkan dari segi undang-undang perkhidmatan Uber dan Grab serta menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi.
Ianya bertujuan membenarkan dari segi undang-undang pola permintaan yang dipacu teknologi bagi mengawal selia perkhidmatan e-hailing (e-panggilan) seperti Uber dan Grab, di samping menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi sedia ada agar mereka mempunyai peluang secara adil untuk terus berdaya saing,
Oleh itu pada tahun ini SPAD berharap pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat yang berkaitan perkhidmatan e-panggilan Grabcar dan Uber berjaya dibentangkan dan diluluskan dalam Dewan Rakyat.
Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar berharap pindaan akta itu diluluskan dengan segera agar dapat memastikan penyedia perkhidmatan sistem e-panggilan mematuhi segala undang-undang sama seperti yang dilalui oleh pemandu teksi.
Pindaan terhadap akta tersebut dikatakan bakal dibentangkan pad sidang Dewan Rakyat sesi Mac atau April depan.
Walaupun Kabinet mengambarkan memberi persetujuan agar perkhidmatan e-panggilan diguna pakai, namun sehingga kini undang-undang itu belum lagi wujud. Bahkan akta berkenaan masih lagi dalam proses penelitian praperundangan oleh Jabatab Peguam Negara. e-panggilan ini nanti bila di pinda dan di luluskan perlu beroperasi mengikut kepada peruntukan serta selian undang-undang yang sedai ada.
Kepada pemandu perkhidmatan e-panggilan ini , mereka akan tertakluk kepada syarat-syarat agar kualiti perkhidmatan yang diberikan serta keselamatan pengguna lebih terjamin sepertimana yang telah dikenakan juga kepada pemandu-pemandu teksi.
"Dengan itu syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan e-panggilan wajib diperbadankan di Malaysia, dan semua pemandu e-panggilan mesti mempunyai Kad Pemandu yang dikeluarkan oleh SPAD, kenderaan digunapakai hendaklah menjalani pemeriksaan berkala dan syarikat perlu menyediakan insurans yang melindungi pemandu, penumpang, kenderaan dan pihak ketiga.
Mohammad Firdaus Hasnel
Dari Blog : Pemuda Selempang Merah