Kecoh, riuh rendah satu KL apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa kemungkinan motor jenis "kapcai"tidak dibenarkan masuk ke Bandaraya Kuala Lumpur. Kaedah ini adalah sebagai langkah mengurangkan kadar pelepasan karbon.
Ramai yang menyelar kenyataan Ku Nan tersebut walaupun ianya hanyalah satu cadangan. Antara yang menentang cadangan ini adalah Persatuan Pengguna-pengguna Pengangkutan Awam (4PAM). Presidennya Ajit Johl berkata orang ramai menggunakan kapcai kerana mengelak masalah kesesakan lalu lintas di kawasan pusat bandar.
Pada pendapat beliau cadangan itu bukan satu penyelesaian, bahkan sebenarnya ia akan menambahkan lagi masalah kerana belum ada rancangan konkrit hendak memperbaiki pengangkutan awam. Jika mahu mengurangkan pelepasan karbon, terdapat kenderaan yang lebih besar berbanding kapcai iaitu seperti kereta yang berkelajuan 3,000 kuasa kuda.
Pada admin, betul juga apa yang di suarakan oleh Presiden 4PAM itu, tapi tahukan dia ia cuma satu candangan, jika tidak bersetuju kerajaan pun tak boleh buat apa-apa.
Bagi merungkaikan kekuatiran warga kota Kuala Lumpur berkenaan isu ini, Ku Nan menjelaskan keputusan mengenai perkara itu tidak akan dibuat tanpa mendengar suara rakyat. “Kenyataan dibuat sebelum ini hanyalah cadangan dan tidak akan dilaksanakan sekiranya orang ramai tidak bersetuju selain mengambil kira beberapa faktor lain seperti harga pengangkutan awam.
Oleh itu kepada semua pengguna motosikal berenjin kecil atau 'kapcai' bawa bertenang, relaks, sabar dan tidak perlu khuatir, memandangkan keputusan membenarkan kenderaan itu memasuki pusat bandar raya atau tidak itu akan ditentukan sendiri oleh anda.