Meriah betul anak anak Tahun Satu tahun ni! Cikgu cikgu pun semakin kreatif dalam cubaan menarik perhatian murid murid tahun satu bagi memulakan sesi persekolahan 2017.
Al maklumlah, anak anak kecil ni mesti taknak berenggang dengan ibu bapa mereka. Enam tahun makan minum dari celik mata hingga lah ke larut malam ada ibu bapa yang meneman.
Bukan satu ya sekolah yang menyambut kedatangan murid murid tahun satu ni dengan menggunakan sut adiwira! Di sekolah Batu Pahat Johor, kita ada Ultraman. Manakala di Temerloh Pahang dan Pulau Pinang, ada Iron Man menanti dan adiwira Spiderman sudah bersiap sedia menyambut pelajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Tawau, Sabah.
Kreatif betul guru guru sekarang nak menambat hati murid murid, kan? Usaha murni guru guru memang perlu diberi pujian kerana bukan murid murid sahaja yang teruja tetapi ibu bapa juga. Iyalah, lega hati mereka sebab anak anak tak menangis berpaut di kaki mereka merayu nak pulang ke rumah.
Guru guru dah berjaya tambat hati murid murid, harap harap tak ada ibu ibu, ayah ayah yang tak senang duduk. Tak senang duduk takut anak anak terlebih gembira di sekolah sampai taknak balik. Ada tau yang macam tu! Bukan meroyan cuma risau, betul tak?
Mana tak risau, anak yang ditatang bagai minyak yang penuh dah masuk ke alam persekolahan, dah jumpa kawan kawan, dah jumpa guru baru. Ada yang sampai ke tahap beri anak kecil mereka telefon bimbit supaya ibunya dapat berhubung dengan anak.
Diam diam pergi ke sekolah, intip anak semasa rehat ataupun intip anak dari luar kelas semata mata nak pastikan segalanya berjalan lancar. Jangan risau ya ibu bapa diluar sana, tanggung jawab guru guru sekarang bukan sebagai pengajar sahaja malah untuk mendidik moral anak anak anda.
Minggu ni dah minggu ke dua anak anak bersekolah, semoga semuanya berjalan lancar. Terima kasih guru guru yang berusaha keras untuk ambil hati murid murid, terima kasih ibu bapa yang bekerjasama dan terima kasih adik adik tahun satu yang kuat semangat ke sekolah.
Zaman persekolahan ni lah masanya untuk menimba ilmu & pengetahuan am serta membentuk identiti diri. Semoga anak anak kecil ni menjadi insan yang cemerlang di masa akan datang.
Pelajar cemerlang, guru terbilang, sekolah gemilang!