DERA ANAK, APA NAK JADI DENGAN MANUSIA HARI INI !


Memang sukar untuk memahami kenapa seorang ibu tergamak mendera anaknya sampai mati. Di mana sifat keibuan yang dikurniai oleh Allah kepada hambNya. Tergamak sungguh seorang ibu mendera sehingga menyebabkan kematian bayinya. Kes penderaan kanak-kanak ini saban tahun dapat kita dengar media masa dan media cetak.


Hari ini seorang ibu Siti Nurraihan Ahmad 24, dihadapkan ke mahkamah Majistret Kajang atas empat pertuduhan, membunuh, menyebabkan kecederaan dan menganiaya tiga anak kandungnya termasuk sepasang anak kembar lelaki.

Bagi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Pertuduhan kedua, tertuduh mengaku bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah kepada adik kembar mangsa dengan menggunakan kaki, kira-kira pukul 6 petang, 4 Januari lalu, dan didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Siti Nurraihan turut mengaku bersalah mengabaikan kembar mangsa sehingga menyebabkan kecederaan fizikal antara Ogos 2016 dan Januari tahun ini dan didakwa mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa turut mengabaikan anak perempuan bongsunya yang berusia sembilan bulan pada masa dan tarikh sama

Menurut rekod Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,, sepanjang tahun 2014 terdapat sebanyak 4,295 kes keganasan terhadap kanak-kanak, terutamanya kes penderaan.

Angka ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya, iaitu 4,119 kes pada(2013) 3,831 kes pada(2012), 3,428 kes pada(2011) dan 3,257 kes pada (2010).

Di bawah adalah antara kes-kes yang pernah disiarkan di media masa:

-Pada Mac 2012, terjadi satu peristiwa yang mengemparkan negara apabila seorang kanak-kanak, Dirang (Nurul Nadirah Abdullah) hilang. Dia kemudiannya ditemui mati terbakar dipercayai dibunuh oleh penculiknya.

- Pada July 2012, seorang bayi 8 bulan mengalami kecederaan pecah usus akibat didera oleh teman lelaki ibunya. Mohamad Adam Mikhail Abdullah disahkan doktor pecah usus dipercayai akibat didera teman lelaki ibu kandungnya ituyang baru berumur 19 tahun.

- Mac 2015, ibu, bapa dan seorang seorang pengasuh dihadap kemahkamah Ipoh diatas pertuduhan kes penderaan kanak-kanak berusia tiga dan enam tahun yang mana salah seorang daripadanya meninggal dunia.

- Mei 2014, Seorang kanak lelaki berusia enam tahun meninggal dunia, disyaki di dera. Pasangan suami isteri ditahan bagi membantu siasatan.

Semua peristiwa diatas menunjukkan perilaku kebinatangan yang tiada belas ehsan sebagai seorang manusia. Di sebabkan tekanan hidup, masalah keluarga, masalah kewangan, pertelingkahan keluarga, kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Pihak berkuasa haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yang mendera kanak-kanak.

Kerajaan juga perlu memperkasakan lagi penguatkuasaan undang-undang agar pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.

Jadilah pelindung kepada kanak-kanak bukan pendera. Sesungguhnya mereka adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »