BUDAK SEKOLAH BUAT HAL, BAPA DENGAN GURU BERGADUH SAMPAI JADI KES POLIS


Hukuman terhadap para pelajar sekolah kini semakin menjadi perbualan terutamanya para ibu bapa yang sukar menerima setiap kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka di sekolah.


Maka insiden-insiden sebegini berlaku sehingga melibatkan kes jenayah apabila seorang bapa ditahan setelah menyerang guru yang menampar anaknya. Bapa tersebut telah ditahan pihak polis.

Oleh kerana itu, admin bersetuju dengan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menguatkuasakan semula hukuman rotan dengan beberapa penggubalan peraturan berhubung tindakan displin terhadap para pelajar.

Setiap guru perlu merujuk kepada peraturan tindakan displin dalam menjatuhkan sebarang hukuman terhadap para pelajar tanpa perlu bertindak mengikut emosi.

Manakala para ibu bapa pula sewajarnya bertindak lebih rasional memberi ruang kepada pihak sekolah untuk memberikan penjelasan terhadap kesalahan anak-anak mereka.

Pihak sekolah menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) harus mengadakan sesi perjumpaan bersama para Ibu Bapa bagi menerangkan secara terperinci berhubung setiap tindakan displin berdasarkan peraturan yang ditetapkan.

Kerjasama semua pihak amat penting demi melahirkan para pelajar yang mampu memberi sumbangan kepada negara pada generasi akan datang.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »