ELVIS PRESLEY, IKON MUZIK DUNIA


SIFAT RENDAH DIRI, RAMAH TAMAH, MENGHORMATI WANITA DAN MELAYAN ORANG SUSAH SEBAGAI SAHABAT merupakan ciri-ciri diri seorang ikon muzik Rock and Roll terkenal dunia, Elvis Presley.


Walaupun empat dekat dia telah meninggalkan kita, sikapnya yang begitu istimewa menjadikan dirinya ikon yang dikenang sepanjang zaman.

Seorang yang pemalu, Elvis Presley dilahirkan bersama pasangan kembarnya dalam keluarga yang susah. Ayahnya, Vernon pernah dipenjara kerana menipu wang bernilai $4 di tanah kelahiran Elvis, Tupelo, Amerika Syarikat. Manakala kembarnya meninggal dunia ketika dilahirkan, menjadikan Elvis satu-satunya anak yang paling dekat dan dicintai ibunya, Gladys Love.

Dibawah admin berkongsi beberapa info berkenaan kehidupan Elvis Presley :

► Elvis Presley merupakan ikon muzik dan budaya pop kelahiran Tupelo, Mississippi pada tahun 1935 ini kekal sebagai penyanyi paling terkenal di dunia.

► 13 tahun kemudian, dia berpindah le Memphis dan mula dikenali sebagai penyanyi tempatan dengan mengelar dirinya The Hillbilly Cat.

► Pada 1955, menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman RCA dan era rock and roll Elvis Presley mula menakluk dunia dan diberi jolokan "Elvis The Pelvis" kerana terkenal dengan goyangan rancak di pentas.

► Kolenel Tom Parker adalah pengurus peribadi untuk sepanjang hayat Elvis. Dia juga bertanggungjawab mengawal ketat karier bintang filem ini.

► 18 buah lagunya berada di nombor satu Billbord dengan lagu pertama Heartbreak Hotel pada 1956 dan terakhir Suspicious Minds 1969.

► Elvis adalah salah satu dari seniman yang namanya tercatat di Country Hall of Fame dan The Rock And Roll Hall of Fame.

► Elvid membeli mansion du Graceland pada 1957 dengan harga $102,000. Rumah besar ini memiliki 23 kamar dan dikeilingi olh tanah 13 hektar. Ia merupakan rumah kedua paling banyak dikunjungi di Amerika setelah White House.

► Elvis sangat dikagumi oleh golongan raja dan pemimpin. Dia sering diajak untuk membuat persembahan dalam istana di seluruh dunia, selain kediaman rasmi Presiden.

► Perkahwinan dengan Priscilla Presley pada 1 April 1967 memberinya cahaya mata Lisa Marie Presley yang kemudiannya berkahwin dengan Raja Pop dunia Michael Jackson.

► Perkahwinannya menemui kegagalan apabila Elvis terlalu sibuk dengan kerjayanya serta mempunyai skandal dengan wanita lain. Kerana sering kesepian dan selalu ditinggalkan Priscilla menagih cinta dengan lelaki lain, iaitu jurulatih karatenya sendiri.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »