Anak-anak kita mungkin dapat diselamatkan daripada terjebak dengan najis dadah sekiranya TIADA DADAH!
Mungkin ada yang membawa masuk dadah atau memprosesnya sendiri di Malaysia ini. Namun dadah itu tidak akan pergi ke mana-mana jika TIADA PENGEDARNYA. Setuju?
Jadi, berbalik kepada perenggan atas tadi, anak-anak kita mungkin dapat diselamatkan. Ianya bermula daripada kita....
Ya, negara kita ada undang-undang. Sebelum itu, cuba baca artikel yang disiarkan oleh Berita Harian bertarikh hari ini 26 Januari 2017.
Seorang lelaki dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini, selepas didapati bersalah mengedar 4.5 kilogram ganja, dua tahun lalu.
Bagaimanapun, adiknya dan seorang rakan mereka dilepas dan dibebaskan atas tuduhan berkenaan.
Pesuruhjaya Kehakiman, SM Komathy Suppiah, membuat keputusan itu terhadap Muhammad Azhar Muhammad Zaini, 25, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwa.
Dua lagi tertuduh yang dilepas dan dibebaskan adalah adik Muhammad Azhar, Muhammad Naim, 23, dan Ahmad Asraf Mohd Nasir, 26. Mereka dituduh mengedar 4,540 gram ganja di gerai makan No Lot 1042, Batu 19, Kuala Dal, Kampung Kuala Dal, Padang Rengas, Kuala Kangsar, jam 2 petang, 25 Ogos 2015.
Tertuduh didakwa mengikut Sekyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama iaitu gantung sampai mati. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Azimah Yaacob dan ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Muhammad Farhan Ahmad Fadzil.
Jadi, sedia maklum kes ini sudah lama iaitu sudah dua tahun yang lalu. Hari ini baharu dijatuhkan hukuman. Dalam tempoh dua tahun ini, berapa ramai yang sudah terjebak dengan najis dadah disebabkan pengedar ini?
Bayangkan jika hukuman terhadap pengedar dadah ini diserahkan kepada orang ramai. Berapa ramai yang berani untuk tampil ke hadapan?
#Dadah #PengedarDadah #Malaysia #GenerasiMuda