Perbualan whatsapp yang dipetik sumber dari laman sosial Facebook Baitus Solehah tulisan Muna liza binti Ismail ini membuktikan bahawa gejala sosial di kalangan pelajar sekolah semakin parah.
Begitu mudah sekali untuk mencari kawasan atau tempat untuk melakukan hubungan seks di luar nikah di dalam sekolah.
Amat memalukan...
Admin berharap pihak sekolah lebih prihatin dan memandang serius atas kejadian sebegini.
Bayangkan, statistik telah menunjukkan seramai 532,158 kelahiran anak luar nikah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari tahun 2005 hingga 2015.
Adakah ini yang kita mahu?
Admin juga bersetuju dengan beberapa cadangan yang dikemukakan Muna liza binti Ismail yang disifatkan sebagai langkah yang sewajarnya diambil kira pihak sekolah :-
1. Pintu pagar sekolah hanya dibenarkan dibuka menjelang 15 minit waktu perhimpunan.
2. Semua laluan tangga naik ke kelas di kunci sehingga selesai waktu perhimpunan. Biarlah beg pelajar bersama pelajar tanpa perlu diletakkan di dalam kelas terlebih dahulu.
3. Study group hanya dibenarkan dijalankan di kantin sekolah atau perpustakaan. Jangan benarkan di bilik kosong atau di Bengkel, mana tahu study group itu cuma dihadiri dua orang saja berlainan jantina.
4. Apabila pelajar perempuan ke tandas, hanya benarkan jika pergi berdua dengan kawan perempuan yang lain.
5. Kunci semua bilik bilik kosong dan tandas yang jarang digunakan.
6. Bersihkan kawasan sekitar sekolah dari rumput yang panjang sehingga membatas pandangan.