Sejarah Hari Ini - 11 Januari 1991


Pada hari ini dalam tahun 1991, satu memorandum perjanjian telah ditandatangani bagi membina dan melancarkan satelit pertama Malaysia di Hotel Pelangi Resort, Langkawi.


Satelit tersebut dinamakan Satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT). Ia ditandatangani di antara pembeli satelit perhubungan itu, Binariang Sdn. Bhd. dan pembuatnya, Hughes Communication
International Inc. dan Arianspace dan merupakan syarikat Perancis yang melancarkan satelit tersebut ke angkasa daripada Korou di Guyana.

Upacara tersebut telah disaksikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, Dato’ Sri S. Samy Vellu.

Perjanjian tersebut diadakan sempena Pameran Udara dan Laut Antarabangsa Langkawi (LIMA ’91). Projek pembinaan satelit tersebut telah menelan belanja sebanyak $300 juta.

Sesungguhnya, pelancaran satelit yang pertama di Malaysia telah membuka satu lembaran baru dalam perkembangan bidang penyiaran di samping membuka ruang serta meningkatkan lagi
perhubungan perniagaan antara Malaysia dengan negara-negara Asia Tenggara.

Sumber : Arkib

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »