Artis dan perniagaan seakan-akan sudah tidak dapat dipisahkan. Hari ini ramai daripada kalangan artis terlibat secara serius dalam dunia perniagaan, tidak seperti pada tahun awal 70an dan 80an dahulu. Artis pada zaman itu hanya bergantung harap kepada lakonan dan nyanyian mereka sahaja.
Antara pesonaliti yang patut dijadikan idola dalam perniagaan ialah Neelofa. Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor lebih mesra dengan panggilan "Lofa" antara pesonaliti artis yang berjaya menjadi jutawan melalui bidang perniagaan. Walaupun baru berusia 26 tahun Neelofa berkata usia muda bukanlah suatu halangan untuk kita mencipta sesuatu yang luarbiasa dan hebat dalam hidup. Yang penting kerja keras, fokus, bersungguh-sungguh, berdisiplin dan kerja berpasukan.
Mulakan dengan bermimpi, kemudian pasanglah impian kerana “tanpa mimpi, memang susah hendak memulakan sesuatu. Apa juga yang kita buat tanpa mimpi dan matlamat yang jelas, ia tidak akan menjadi sebab kita tiada fokus kepadanya". ujar Neelofa.
Apa yang lebih membanggakan negara, baru-baru ini media antarabangsa BBC melaporkan jenama tudung Naelofar Hijab terjual sehingga RM50 juta tahun 2015, iaitu lebih dua kali ganda dari sasaran awal.
Rangkaian pengedar Neelofa bukan hanya sekadar di Malaysia bahkan diseluruh asia tenggara dan dunia antaranya di Singapura, Brunei, London, Australia, Belanda dan Amerika Syarikat. Di Malaysia sahaja Neelofa memiliki 700 pengedar.
Sesiapa yang ingin menimba sedikit ilmu dari Neelofa bolehlah ke laman sosial miliknya seperti Facebook, twitter dan Instagram. Disitu Neelofa banyak memberi tip-tip kejayaannya dalam perniagaan.
Ramai natizen yang mengunjungi laman sosial Neelofa dan menjadikan beliau sebagai idola dan inspirasi dalam usaha mereka. Bagi Neelofa ialah caranya memberi semula kepada masyarakat yang selama ini menyokong kejayaannya di dalam bidang perniagaan. “Saya rasa dengan cara itu saya boleh memberi semula kepada masyarakat dan ia sesuatu yang membahagiakan,” kata Neelofa.
Sewajarnya kejayaan besar anak muda ini menjadi sumber inspirasi kepada usahawan-usahawan muda yang lain untuk terus maju dan berjaya.
SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MAJU JAYA
#JutawanSelebriti
#UsahawanBerjaya
#SayangNeelofa