Pada hari ini dalam tahun 1965, Persatuan Pembeli Pulau Pinang telah ditubuhkan. Penubuhan Persatuan Pembeli yang pertama seumpama ini di Malaysia adalah hasil daripada satu perjumpaan yang telah diadakan di rumah Persatuan Khek Pulau Pinang.
Encik Koh Sin Hock telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sementara Persatuan Pembeli ini. Tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk melindungi orang ramai dari menjadi mangsa para penjual yang tidak bertanggungjawab.
Pada 7 November 1969, sebuah lagi persatuan pengguna yang dinamakan 'Consumers' Association of Penang (CAP)' telah ditubuhkan di Dewan Bandaran Pulau Pinang. la merupakan sebuah persatuan sukarela yang menjadi ahli kepada 'International Organisation of Consumers' Unions (IOCU),' Pertubuhan Pengguna Antarabangsa.
Tujuan utama CAP ialah untuk menyatukan para pengguna dalam satu pertubuhan, untuk melindungi hak pengguna melalui tindakan bersama.
Walau bagaimanapun Persatuan yang ditubuhkan oleh Persatuan Khek Pulau Pinang itu merupakan pembuka jalan kepada penubuhan CAP yang merupakan satu persatuan yang aktif dan
berkesan bagi tujuan melindungi para pengguna di Pulau Pinang khasnya dan pengguna di seluruh negara amnya.
Sumber : Arkib