NASIB BAJAU LAUT


Masa aku pergi bercuti ke Semporna, aku jumpa kumpulan ini. Orang tempatan kata mereka ni Pelauh. Ada yg kata mereka ni Bajau Laut.


Mereka tiada IC. Mereka tiada passport. Tapi mereka bebas berada di Malaysia, Indonesia, Filipina dan Australia. Kata orang tempatan, mereka di lindungi oleh UNICEF.

Rumah mereka atas laut. Kehidupan mereka hanya meminta makanan dan duit.

Di Lahad Datu, kumpulan ini banyak meminta di darat. Anak-anak sekecil 5 tahun menjadikan jalan raya sebagai taman permainan mereka. Mereka tak putus asa meminta makanan pada semua orang.

Pernah sekali sedang saya makan jagung, seorang kanak-kanak meminta jagung saya, dan saya beri. Pernah juga saya lihat satu keluarga duduk di belakang kedai makan, selongkar tong sampah untuk cari makanan.

Ada seorang kanak-kanak jatuh dari bangunan.? Ditolak. Tulang kaki patah. Tulang muka banyak fracture. Jaw dia pun fracture. Jika kita ada kepatahan tulang rahang, sudah pasti meraung kesakitan tak boleh makan. Tapi anak kecil umur 6 tahun ini gigih makan makanan hospital. Mungkin pertama kali makan makanan yang proper dan enak. Setitik air mata pun tak ada.

Kanak-kanak ni relaks saja. 3 hari ibunya mencari dan akhirnya jumpa di hospital. Ibu datang dengan penuh rendah diri. Dia sedar, masuk hospital perlukan wang yang banyak. Dia tak reti bercakap bahasa Malaysia mahupun Indonesia. Tapi dari apa yg beliau tuturkan -

" Doktor, selamatkan anak saya. Ambil jiwa saya pun tak mengapa. " Mungkin itu yg dia kata. Ibu mana yang tidak kasih pada anaknya...

Mereka ini tidak diberi imunisasi. Kebanyakkan anak-anak mereka datang ke hospital dalam keadaan yang amat teruk. Kalau ada abscess dalam organ, jenis kaw-kaw.

Jika kita jelaskan pada parent mereka tentang procedure yang kita perlu lakukan dan kos yang perlu di tanggung, mereka akan minta untuk bawa balik anak-anak mereka. Mereka minta cabutkan tiup pernafasan. Mereka suruh hentikan apa sahaja. Sebab mereka tak mampu. Entah macam mana mereka melihat keadaan anak mereka dikala menghembuskan nafas yang terakhir....

Pernah suatu ketika, kementerian kesihatan mencadangkan pemberian vaksin dan rawatan TB kepada golongan pendatang haram dan juga golongan ini. KKM berpendapat, jika penyakit ini dapat dicegah dari awal, maka penularan penyakit dapat di kawal. Rakyat Malaysia juga selamat.

Malangnya rakyat Malaysia membantah. Mereka marah sebab apa perlu bagi duit rakyat Malaysia pada orang bukan rakyat Malaysia. Kata mereka, mereka bayar GST.

Saya baca kata-kata nista yang penuh kebodohan. Adakah rakyat Malaysia tiada sedikit perikemanusiaan?

Saya duduk dah berfikir. Bagaimana Nurin, Amelyn, Marissa dan Uwais lahir dalam keluarga ini (Bajau Laut / Pelauh)?

Tidur di tepi jalan, bermain di lebuh raya Pan Borneo tanpa selipar, selongkar tong sampah.

Bersyukurnya aku lahir di bumi Malaysia walaupun dikelilingi oleh manusia kufur nikmat.

Dr. Aznil Hisham

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »