Pada hari ini dalam tahun 1980, Pelancaran Projek Gerakan Membaca seluruh negara telah diumumkan.
Projek Gerakan Membaca ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat di kalangan rakyat di negara ini. Projek Perintis untuk pembangunan masyarakat ini dirancang dengan teliti untuk
dilaksanakan dalam tempoh selama lima tahun.
Aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan secara berperingkat-peringkat ini terdiri daripada aktiviti jangka pendek dan jangka panjang. Bagi aktiviti jangka pendek, ia lebih mengutamakan
usaha-usaha mengadakan persidangan, pameran buku di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan serta menambah perkhidmatan perpustakaan.
Manakala Projek jangka panjang pula meliputi kerja-kerja penyelidikan berhubung dengan tabiat membaca, penerbitan, pengedaran dan pemasaran bahan-bahan bacaan.
Tumpuan utama projek Gerakan Membaca adalah di kawasan-kawasan yang mempunyai peratusan keciciran yang tinggi, buta huruf dan kurang membaca seperti di kawasan desa dan
kawasan pekan kecil.
Upacara pelancaran Projek Gerakan Membaca telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Musa Hitam pada 28 Januari 1980, bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Sumber : Arkib