Pemimpin politik mati kerana SRK


Seorang mati manakala dua orang anggota polis cedera selepas berlakunya kejadian huru-hara di sebuah stesen keretapi.


Selebriti Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) pada ketika menaiki keretapi dari Mumbai - Delhi bagi mempromosikan filem terbarunya, 'Raees'.

Ketika berhenti di salah sebuah stesen dan berhenti selama 10 minit, para peminat SRK dilaporkan bertindak liar dan berlakunya kejadian yang tidak terkawal.

Pemimpin politik yang mati itu ialah Farheed Khan Pathan selepas sesak nafas pada hari kejadian.

Bukan saja pemimpin politik, pemain kriket India, Irrfan dan Yusuf Pathan juga bersama-sama menunggu kehadiran SRK.

SRK sememangnya seorang pelakon atau selebriti yang digilai ramai seluruh dunia. Laman Facebooknya pula sudah mencecah 22 juta 'likers'.

#ShahRukhKhan #Bollywood #Raees #Train #Mumbai #Delhi #India

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »