Alasan yang diberikan ialah mahu pulang ke kampung untuk melihat ibu yang mengalami masalah mental.
Namun, kenapa wanita berusia 29 tahun ini sanggup bertindak meninggalkan anak yang baharu berusia tiga tahun bersendirian di rumah?
Tidak dapat dibayangkan, apa yang sedang difikirkan oleh wanita tersebut sehingga sanggup mengambil tindakan yang disifatkan tidak berperikemanusiaan itu.
Mujur ada jiran yang peka dan prihatin pada keadaan sekeliling apabila melaporkan kepada pihak polis setelah mendengar tangisan kanak-kanak malang tersebut.
Lebih menyayat hati, kanak-kanak itu dijumpai polis dalam rumah berkunci dan gelap gelita pada tengah malam tadi di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan.
Terima kasih kepada polis dan jiran-jiran yang membantu.
*Berfikirlah dengan sebaiknya sebelum membuat keputusan. Meninggalkan anak yang masih kecil bersendirian di rumah bukanlah keputusan bijak.
#IbuBapa #Anak #Prihatin #Tanggungjawab