Bermulanya POMADE...


Bagaimana Pomade Bermula?


Dalam abad ke-19, lemak beruang adalah resepi utama pomade. Pada awal abad ke-20, jelly petroleum, lilin lebah(beezwax) kerap digunakan. Pada awal abad ke-20 terdapat Murray's Superior Pomade (bermula pada pertengahan tahun-1920), Brylcreem (diperkenalkan pada 1928), dan Royal Crown Hair Dressing (bermula pdi tahn 1936). Dixie Peach Hair Pomade adalah yang popular dikalangan remaja di U.S. sejak daripada perperangan dunia ke 2(WWII) iaitu pada tahun 1960

Pomade lebih popular dahulu berbanding sekarang, walaupun ia datang kembali pada tahun 2010 dengan penambahan pada market, yang mana mempunyai jauh kurang lagi lanolin atau beeswax di dalam resipi formulanya. Pada 2014, Zizilia Classic Luxuries memperkenalkan "The First Pomade Bar", membekalkan pengguna dengan bar dari pomade yang boleh digunakan dengan lebih mudah daripada tin tradisional. Pada zaman moden kini, stail rambut banyak digunakan seperti ducktail, pompadour, dan quiff.

"POMADE" datang dari mana?
Pomade adalah perkataan yang datang dari Perancis yang dikenali sebagai krim. (benda yang kita guna pada kulit kita untuk tujuan kesihatan)

Pada ketika itu, dikalangan orang-orang latin memanggil pomade sebagai pomum(buah/apple)

Pada orang Itali pula, mereka memanggil pomade sebagai pomata

"Apple" kan? yep. ia adalah kerana pomade pada awalnya dibuat dengan menggunakan apple + lemak haiwan dan herba

Pomade pada awalnya digunakan sebagai krim dan selepas itu ia menjadi produk rambut.

Elvis presley antara yg menggayakan pomade dan menjadi fenomena suatu ketika dulu dengan style rambutnya

Di Malaysia populariti pomade mula mendapat tempat pada tahun 2014 ekoran penularan budaya-budaya 'Hipsters' di kalangan remaja. kini pomade mudah didapati dimana-mana dan produk pomade kita tidak kurang hebatnya setanding dengan jenama luar negara.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »