Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima lebih 20 laporan membabitkan bakal pengantin di Lembah Klang yang ditipu penyedia makanan atau perancang perkahwinan.
Angka kerugian pula ialah lebih RM1 juta!
Oleh itu Admin sediakan 7 Tips Memilih Katering Perkahwinan bagi mengelak anda terkena nasib yang sama.
Salah satu daripada aspek yang penting dalam sesebuah majlis perkahwinan ialah urusan menempah katering. Ye la kan, orang datang kenduri kahwin pun agenda paling utamanya ialah tak lain dan tak bukan untuk makan nasi minyak. Betul tak?
Makanan memang amat penting kerana ia memberi ‘overall impression’ bagi majlis perkahwinan anda. Kalau makanan anda sedap, memang ia sudah cukup memberi gambaran yang baik oleh tetamu jemputan majlis perkahwinan anda. Berikut adalah tips-tips tersebut:
TIPS 1:
QUOTATION
Dapatkan sebut harga yang terperinci. Nyatakan segala apa yang anda inginkan dengan jelas. Lauk-pauk, pencuci mulut, nasi minyak atau nasi putih, khemah, meja makan pengantin, meja VIP dan sebagainya yang berkaitan dengan hal-hal makanan. Gunakan maklumat-maklumat yang sama ini untuk anda dapatkan sebut harga daripada penyelia- penyelia yang lain jadi anda boleh membezakan penyelia manakah yang memberi perkhidmatan yang terbaik pada harga yang terbaik (mampu).
TIPS 2:
PILIHAN KATERER
Pastikan sekurang-kurangnya anda cuba dapatkan 3 sumber katering yang berlainan untuk bandingkan harga yang paling berbaloi dan dalam masa yang sama menyediakan makanan yang terbaik. Gunakan maklumat yang sama tadi (dalam Tips 1) untuk anda minta sebut harga daripada 3 penyedia ketering yang berbeza. Bandingkan dan pilih caterer yang terbaik.
TIPS 3:
JUMPA SENDIRI
Adalah lebih baik urusan bersama katering ini anda sendiri dan pasangan atau bersama keluarga anda yang pergi bertemu secara bersemuka dengan pihak katering. Ingat seperti yang saya katakan tadi, makanan merupakan aspek terpenting dalam menjayakan sesebuah majlis perkahwinan. Anda hanya ada sekali ini sahaja untuk memberi reaksi yang terbaik kepada tetamu anda. Kalau makanan anda sedap, sudah cukup untuk memberi maklum balas yang baik dan boleh membuatkan tetamu anda berpuas-hati dan gembira di majlis perkahwinan anda.
Jangan hanya berhubung dengan katerer melalui telefon atau SMS sahaja. Ini dapat mengelakkan sebarang bentuk penipuan. Pastikan syarikat katerer itu berdaftar dan boleh dipercayai.
TIPS 4:
CAJ TERSEMBUNYI
Tanya dan pastikan dengan penyelia pilihan anda adakah ada caj-caj lain yang ‘tersembunyi’ ketika menetapkan sebut harga. Mana tahu nanti anda kene bayar lebih daripada yang anda minta. Yang penting mengikut bajet yang kita telah tetapkan.
TIPS 5:
CARA BAYARAN
Penting bagi anda mengetahui cara bayarannya. Jangan membuat bayaran habis kerana sebagai langkah keselamatan. Kebiasaannya caterer akan mengambil bayaran sebanyak 30%, 50% , 70% atau 90% tidak lebih dari itu. Selebihnya akan dibayar selepas majlis.
TIPS 6:
FOOD TESTING
Ingat jangan lupa untuk mencuba rasa masakan yang anda pilih bagi mengetahui makanan yang menjadi pilihan anda sedap atau tidak. Sebaiknya rasalah makanan di majlis perkahwinan yang disediakan oleh katerer. Ini lebih selamat.
TIPS 7:
CUSTOMER FEEDBACK & RATING
langkah untuk kita membaca segala malumbalas pelanggan adalah penting agar kita dapat melihat sejauh mana pengalaman caterer dalam berdepan dengan pelanggan yang berbeza-beza selain dari untuk kita meletakkan paras jangkaan atau 'level of expectation'.
Inilah beberapa tips yang sempat kami dikongsikan bersama anda tentang bagaimana yang anda boleh berurusan dengan katering perkahwinan bagi mendapatkan pakej makanan paling murah dan dalam masa yang sama kualitinya memuaskan anda.