Jika sudah penipu, macam-macam cara dan idea yang ada untuk digunakan untuk merealisasikan hasrat penipuan mereka itu. Namun apakan daya seperti kata pepatah Melayu, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
Itulah yang berlaku kepada empat kakitangan Jabatan Imigresen yang memalsukan maklumat permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA). Hasil dari pemalsuan tersebut, mereka berjaya mengaut keuntungan lebih RM1 juta.
Mereka dikatakan memalsukan maklumat PMA oleh pemohon dan menukarkan status pemohon kepada orang kurang upaya (OKU), dengan cara ini mereka dapat membolot bayaran RM 200 bagi setiap satu permohonan. Sedangkan sebenarnya permohonan untuk PMA untuk OKU adalah percuma, jadi suspek tersebut mengambil RM 200 dari pemohon biiasa. Inilah penipuan yang selama ini mereka lakukan.
Keempat-empat mereka termasuk dua wanita berusia antara 31 dan 39 tahun ditahan SPRM di pejabat Jabatan Imigresen Selangor. Kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut.
Menurut sumber, apa yang berlaku ialah suspek memanipulasikan sistem memporses PMA yang digunakan Jabatan Imigresen. Ketika pemohon membuat permohonan PMA, suspek akan memberi resit yang sah mengikut proses biasa, tetapi akan menukar maklumat dalam sistem bahawa pemohon itu adalah OKU tanpa pengetahuan pemohon.
Mereka dipercayai telah menjalankan kegiatan pemalsuan ini sejak 2014 lagi dan nilai kurugian dianggarkan RM 1 juta di Selangor. Jumlah ini mengkin meningkat berkali-kali ganda apabila cawangan-cawangan lain disiasat.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki menegaskan SPRM akan menyiasat kes ini dengan mendalam dan tidak menolak kemungkinan kes sepertiini juga berlaku di negeri-negeri lain.
Perbuatan mereka ini tidak boleh dipandang ringan, selain merugikan kerajaan, mereka juga telah menyalahgunakan hak OKU, bahkan dengan tidak semena-mena statistik OKU di negeri Selangor meningkat jika mengikut data dari Jabatan Imigresen Selangor.
Terima kasih juga diucapkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafa Ali yang menjalan risikan dan audit dalaman Jabatan Imigrsen Malaysia. Hasil dari risikan inilah berjaya memberkas pengkhianat dalam Jabatan Imigresen Selangor.
Jabatan Imigresen lain perlu mencontohi tindakan seperti ini yang tidak bertolak ansur dengan pegawai yang tidak amanah dan berintegriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan.
#BersihkanJabatanImigresen
#ImigresenBebasRasuah