Sejarah Hari Ini - PERASMIAN LITAR LUMBA FORMULA 1 SEPANG



Pada hari ini dalam tahun 1999, Litar Lumba Formula 1 Sepang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad.

Idea untuk menganjurkan perlumbaan Formula 1 dicetuskan oleh Perdana Menteri pada tahun 1996 dan usaha-usaha untuk menjayakan hasrat tersebut akhirnya membawa kepada pembinaan Litar Lumba Antarabangsa Sepang (SIC) yang menelan belanja sebanyak RM286 juta.

Siap dibina pada November 1998 dan perlumbaan pertama telah diadakan pada 12 Disember 1998.

Litar sepanjang 5.542 kilometer itu direka khas untuk siri perlumbaan bertaraf dunia khususnya membabitkan Formula 1, Grad Prix Motosikal Dunia serta lain-lain sukan lumba bermotor.

Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terkini meliputi 30,000 tempat duduk berbumbung 100,000 penonton di tempat terbuka serta kemudahan litar dikendalikan oleh komputer sepenuhnya.

Dalam ucapan Perdana Menteri menyatakan bahawa, kejayaan negara membina litar berkenaan adalah satu contoh kemampuan Malaysia menyediakan kemudahan sukan bertaraf dunia.

Dengan kemudahan yang serba lengkap ini telah mendorong Persekutuan Automobil Antarabangsa menganugerahkan hak penganjuran perlumbaan Formula 1 kepada Malaysia dan anugerah itu merupakan satu penghormatan besar kepada negara.

Sumber – Arkib Negara

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »