BANJIR : 17 SEKOLAH RENDAH DI SARAWAK DITUTUP


MIRI, 28 Feb - Seramai 1,337 murid dari 17 buah sekolah rendah di Sarawak, tidak dapat meneruskan sesi persekolahan hari ini akibat masalah banjir melanda beberapa daerah termasuk Limbang, Miri dan Bintulu, sejak Ahad lepas.


Jumlah mangsa banjir di daerah Limbang meningkat sedikit kepada 413 orang setakat pukul 6 pagi ini berbanding 410 mangsa, malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), Mejar Ismail Mahedin berkata, kesemua mangsa adalah dari Rumah Panjang Asan, Kampung Semena dan Kampung Lubuk Lasas.

Katanya, kesemua mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Masyarakat Mendamit di Nanga Mendamit.

Sumber - Bernama

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »