SEJARAH HARI INI – 6 MAC 1964



PEPERIKSAAN MEMASUKI SEKOLAH MENENGAH DIHAPUSKAN

Pada hari ini dalam tahun 1964, Kerajaan mengumumkan penghapusan peperiksaan kelayakan ke Sekolah Menengah.


Dengan pengumuman itu lebih daripada 150,000 orang murid Darjah Enam dengan sendirinya layak melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 1 tanpa menduduki apa-apa peperiksaan sehinggalah mereka dikehendaki mengambil peperiksaan SRP/LCE.

Peraturan itu telah diputuskan dalam satu Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan mula berkuatkuasa mulai tahun 1965.

Peraturan bertujuan untuk memastikan bahawa semua pelajar berpeluang menerima pelajaran yang sama di semua sekolah di seluruh negara dan semua murid akan mendapat pelajaran asas selama 9 tahun-iaitu 6 tahun di peringkat rendah dan 3 tahun di peringkat menengah rendah.

Sumber – Arkib Negara

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »