Sejarah Hari Ini – 2 Mac 2003


PELANCARAN MENARA TELEKOM

Pada hari ini dalam tahun 2003, Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad menyempurnakan upacara perasmian Menara Telekom, Ibu Pejabat Telekom Malaysia Berhad di Kuala Lumpur.


Hadir sama Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie dan Pengerusi Telekom Malaysia, Tan Sri Md Radzi Mansor.

Menara setinggi 310 meter ini bersamaan 77 tingkat dibina di kawasan strategik seluas lapan ekar terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Persekutuan.

Struktur Menara Telekom yang unik dan berkonsepkan rebung ini karya seniman terkenal Latiff Mohidin dan direka oleh arkitek tempatan, Hijjas Kasturi.

Reka bentuk buluh dengan cengkaman akar membentuk asas kukuh serta menggabungkan unsur tradisional dan moden secara harmoni dalam reka bentuk unik mencerminkan Telekom Malaysia sebagai sebuah syarikat yang progresif.

Menara Telekom melambangkan liku-liku perjalanan Telekom Malaysia dan mencerminkan impiannya yang tiada titik perhentian demi masa depan industri ini.

Sejak bermula sebagai sebuah Jabatan Telekomunikasi Kerajaan yang diperbadankan pada tahun 1987 dan diswastakan pada tahun 1980, Telekom Malaysia terus membangun menjadi pembekal perkhidmatan telekomunikasi global.

Sumber – Arkib Negara

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »