RAKYAT MALAYSIA MEMBAZIR


Dalam kita mengeluh dengan sedikit kekurangan yang Allah beri kepada kita sebagai ujian, sebenarnya kebanyakan dari kita ini telah mendapat banyak nikmat yang kita malas nak kira apatah lagi bersyukur.


Rakyat kita antara manusia didunia yang banyak Allah beri nikmat terutama makan. Rakyat di negara lain terutama negara ketiga biasannya mati tak makan, tapi di negara kita sebaliknya...mati kerana banyak makan.

Dalam pada itu pun mengeluh susah nak makan. Cubalah jika sehari kita cuma dapat makan sekali sahaja. Dia punya merungut, mengeluh macamlah dialah manusia paling susah di dunia. Padahal ada orang dapat makan 3 hari sekali, itu pun mereka bersyukur sangat-sangat kepada Allah.

Tengoklah pembaziran, rakyat Malaysia antara manusia yang hidup di bumi Allah ini paling banyak membazir.

Setiap hari ada saja pembaziran makanan yang berlaku. Kita rakyat Malaysia membazirkan makanan sebanyak 8,000 tan (800,000kg) sehari yang mana jumlah itu mampu menampung bekalan makanan untuk enam juta orang.

Dan jika dikumpulkan selama setahun menjadikan jumlahnya 2.92 bilion kilogram, mampu memberi makan kepada 2.2 bilion manusia.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Datuk Ab Rahim Md Noor berkata kos pengurusan sisa pepejal termasuk makanan yang dibuang itu juga melibatkan kos berbilion ringgit.

Sisa makanan merupakan komponen tertinggi dalam skala komposisi sisa pepejal, pada 45%, malah kos perbelanjaan untuk pengurusan sisa-sisa pepejal di negeri-negeri bawah seliaan PPSPPA mencecah RM1.6 bilion.

Begitulah alkisahnya kita rakyat Malaysia yang banyak sangat mengadu di media sosial hidup susah, nak makan pun susah...padahal kita antara manusia yang Allah beri banyak nikmat. Bersyukurlah sebelum Allah tarik nikmat itu.

MFH

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »