Tanggal 13 Februari lalu, satu Malaysia digemparkan dengan kematian seorang lelaki warga korea yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Berita kematian warga Korea Utara tersebut, Kim Jong-Nam, 46 menjadi sangat hangat dan sensasi kerana mangsa adalah abang tiri kepada Presiden Korea Utara, Kim Jong-Un.
Beliau dilaporkan mati dibunuh selepas kepalanya diserkup dengan kain yang mengandungi cecair beracun di satu sudut balai pelepasan KLIA.
Jong Nam dilaporkan sedang berada di satu sudut di balai berlepas KLIA, untuk menaiki penerbangan ke Macau selepas tiba ke Malaysia sejak 6 Februari lalu.
Seorang wanita dilaporkan menghampiri mangsa sebelum menyerkup kepalanya dengan kain yang mengandungi cecair sebelum menghilangkan diri
Wajah suspek terbabit dikenal pasti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diteliti oleh sepasukan polis yang ditugaskan menjalankan siasatan kes berkenaan. Suspek yang mempunyai mirip wajah orang Korea itu mendekati mangsa sebelum menyerkup kepalanya secara tiba-tiba.
Wanita berkenaan kemudian melarikan diri dan dipercayai bersama seorang lagi wanita lain yang berkemungkinan turut bersekongkol dengan suspek.
Jong Nam yang mengalami pedih mata kemudian mendapatkan bantuan di kaunter KLIA sebelum dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal ketika dalam perjalanan.
Berikut merupakan beberapa maklumat Ketua Polis Negara berhubung kes bunuh berprofil tinggi tersebut : -
1. Polis tidak akan menerima pelawaan pihak berkuasa Korea Utara untuk bekerjasama dalam menjalankan siasatan kes bunuh Kim Jong-nam.
2. Polis percaya empat suspek Korea Utara yang telah pulang, terlibat secara aktif dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam.
3. Dua suspek wanita sedar cecair yang digunakan dalam kes pembunuhan adalah bertoksik, racun.
4. Polis tingkatkan kawalan keselamatan di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur kerana terdapat insiden cubaan pecah masuk.
5. Polis akan memohon sambungan tempoh tahanan reman dua wanita asing dan seorang suspek lelaki dari Korea Utara, sementara teman lelaki kepada seorang daripada wanita asing itu, telah dibebaskan dengan jaminan polis.
6. Polis Malaysia akan meminta Kedutaan Korea Utara di sini dan kerajaanKorea Utara supaya membantu mengesan empat suspek yang telah lari ke Pyongyang.
7. Polis Malaysia akan menghubungi seorang individu di Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur dan seorang yang bekerja dengan penerbangan Korea Utara untuk membantu memudahkan penyiasatan.
8. Tiada seorang pun anggota keluarga Kim Jong-nam tampil untuk mengenal pasti mayat simati atau memberikan sampel DNA mereka.
9. Polis Malaysia percaya semua suspek yang terlibat dalam pembunuhan Kim Jong-nam adalah terlatih dan tahu apa yang mereka lakukan.
10. Setiausaha kedua Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur, yang juga suspek dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, dikenal pasti sebagai Hyon Kwang Song.
#KimJongNam #JongNam #KLIA2 #NorthKorea #KoreaUtara #Malaysia #KesBunuhJongNam