PEMBINAAN UTM SKUDAI
Pada hari ini dalam 1980, Menteri Pelajaran, Datuk Musa Hitam mengumumkan pembinaan kampus baru Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor.
Kampus seluas tiga ribu ekar itu terletak di Batu 10, Jalan Skudai, Johor Bahru, Johor.
Projek pembinaanya berharga kira-kira $500 juta ini, mencatat satu lagi peristiwa penting dalam sejarah penubuhan UTM.
Mengimbas kembali sejarah penubuhan awalnya UTM telah berkembang dari sebuah Sekolah Teknik pada tahun 1925.
Seterusnya dinaikkan taraf daripada Maktab Teknik kepada Institut Teknologi sehingga diberi taraf Universiti dalam tahun 1972 dengan nama Institut Teknologi Kebangsaan. Institut ini kemudiannya dinaikkan taraf kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975.
Kampus Jalan Gurney telah mula diduduki sejak tahun 1955 sewaktu ia masih lagi merupakan Maktab Teknik.
Sesungguhnya pembinaan kampus baru UTM di Johor ini dianggap penting sejajar dengan perkembangan UTM dan kemajuan teknologi dinegara ini.
Sumber – Arkib Negara