Sejarah Hari Ini – 26 Februari 1984


WANGSA MAJU DIBUKA SECARA RASMI

Pada hari ini dalam tahun 1984, Perdana Menteri YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan bandar baru wangsa maju bersempena dengan sambutan ulangtahun penubuhan Wilayah Persekutuan Ke-10.


`Wangsa Maju' iaitu singkatan kepada `Bandar Baru Titiwangsa Maju' adalah projek pembangunan bandar baru yang berbentuk usaha sama yang pertama yang diusahakan dan dilaksanakan oleh DBKL dan Peremba Berhad.

Penglibatan pihak swasta mencerminkan hasrat Kerajaan membangunkan negara menerusi konsep Persyarikatan Malaysia. Wangsa Maju juga merupakan sebuah pusat bandar baru yang dirancang selaras dengan Pelan Struktur bagi menyediakan kawasan perumahan, perdagangan dan perindustrian.

Pembangunan projek itu melibatkan keluasan lebih kurang 410 hektar (1.025 ekar). Dalam Fasa 1 terdapat 12,028 unit rumah kos sederhana dan rendah, manakala Fasa 2 pula adalah merupakan pembangunan pusat bandar, kawasan perindustrian, `town parks' dan pembinaan rumah harga tinggi.

Pelaksanaan Fasa 1 akan siap sepenuhnya pada akhir tahun 1986 dan Fasa 2 pula pada tahun 1995.

Sesungguhnya dengan perasmian projek pembangunan Bandar Baru Wangsa Maju yang julung kalinya dijalankan secara usaha sama pada hari ini diharap akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang dan dapat meningkatkan lagi proses perbandaran negara ini dengan jayanya.

Sumber – Arkib Negara

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »