Program 'Jom ke Sekolah' merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.
Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah di bawah KPM.
Kehadiran PPS melalui program Jom Ke Sekolah pada awal Persekolahan 2017 ini bakal menjadi medan ke arah membentuk sahsiah murid lebih positif.
Objektif program ini adalah bagi mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS di samping membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah dan membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid.
#JomKeSekolah #KPM #PDRM #KementerianPendidikanMalaysia #Pelajar #Student #Guru #Teacher #Pendidikan #Education #Sekolah #School