Sejarah Hari Ini - 10 Februari 1995


Pada hari ini dalam tahun 1995, Bank Negara Malaysia mula mengedarkan wang kertas RM5 yang ditandatangani oleh Gabenor keempatnya, Ahmad Mohd Don.


Wang kertas baru ini dicetak oleh Thomas De La Rue & Company Ltd (TDLR). Orang ramai boleh mendapatkannya dengan membuat pertukaran wang lama mereka di Bank Negara Malaysia atau bank-bank perdagangan.

Pengeluaran wang kertas ini merupakan kali yang kelima dilakukan berikutan pertukaran Gabenor Bank Negara iaitu bermula daripada Tan Sri WH Wilcock, Tun Ismail Ali, Tan Sri Aziz Taha dan Tan Sri Jaffar Hussein.

Pengeluaran wang kertas RM5 ini adalah bertujuan untuk menggantikan wang kertas lama dan bagi mengurangkan masalah wang syiling RM1 yang dikatakan berat oleh orang ramai. Walau bagaimanapun, orang ramai masih boleh menggunakan wang kertas RM5 yang sedia ada dalam urusan harian mereka.

Selain daripada wang kertas RM5, Bank Negara Malaysia juga akan mengedarkan wang kertas RM10 dan RM50 yang dicetak oleh Francois-Charles Oberthur sebaik sahaja stok mata wang yang dicetak oleh TDLR & BA Banjnote (pencetak lama) habis.

Ketiga-tiga denominasi wang kertas tersebut tidak mempunyai perbezaan yang ketara dari segi reka bentuk berbanding wang yang berada dalam pasaran sekarang. Dengan pengedaran wang kertas RM5 pada hari ini dalam tahun 1995 menunjukkan bahawa Bank Negara Malaysia mempunyai Gabenornya yang keempat yang dilantik sejak Mei 1994.

Sumber : Arkib Negara

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »