AMALAN PEMBERIAN CENDERAHATI KEPADA TETAMU KEHORMAT DI MAJLIS KPM PERLU DIHENTIKAN


Bagi meminimumkan perbelanjaan kerajaan, Mesyuarat Ketua Setiausaha Negara / Ketua Pengarah dan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia telah memutuskan untuk menghentikan amalan pemberian cenderahati kepada tetamu kehormat semasa perasmian majlis di Kementerian Pendidikan Malaysia.


Larangan pemberian cenderahati itu telah berkuatkuasa serta merta pada 19 Januari 2017. Arahan tersebut dikeluarkan selaras dengan Pekeliling Pembendaharaan: PB 3.1 Garis Panduan Langkah Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan.

Penghentian amalan tersebut adalah bagi menjayakan misi untuk mengelakkan pembaziran yang bersesuaian dengan dengan saranan Kerajaan supaya penjimatan dilaksanakan di semua peringkat.

Wah, ini adalah salah satu langkah kerajaan yang perlu dipuji dalam membina generasi yang berjimat cermat. Syabas, Malaysia.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »