HINDRAF PERTUBUHAN HARAM PELAMPAU !


Melampau, biadap dan mengancam keselamatan negara ! Pertubuhan Hindraf sekali lagi cuba menaikkan darah umat Islam terutama di Malaysia apabila membuat tuduhan melampau terhadap penceramah terkenal, Dr Zakir Naik sebagai pengganas dan gesa tindakan AS ke atas beliau. Bahkan, meminta campur tangan AS ke atas Malaysia dalam kes ini agar Dr Zakir dibawa ke AS untuk didakwa.


Kerajaan PERLU bertindak segera terhadap NGO yang ada hubungan LTTE ini. Mereka tidak boleh dibiarkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum dan bangsa terancam.

Hindraf atau singkatan kepada Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindu Rights Action Force) merupakan satu kumpulan gerakan gabungan didakwa daripada 30 organisasi bukan kerajaan yang berusaha menegakkan hak-hak pengekalan masyarakat Hindu dan warisan mereka di dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Kumpulan ini yang menggunakan laungan slogan Makkal Sakthi (Kuasa Rakyat) pernah mengetuai perjuangan penentangan terhadap "polisi pelupusan kuil-kuil secara tidak rasmi" dan memandang berat tentang "pencerobohan" berterusan undang-undang berdasarkan syariah. Pada 6 Disember 2007, kenyataan media yang diberikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyatakan Hindraf bukanlah sebuah pertubuhan berdaftar. Sebaliknya pertubuhan gelap, tidak berdaftar dengan Akta Pertubuhan.

Hindraf dibina atas sentimen melampau 5 orang peguam dan seorang eksekutif kanan syarikat swasta di Kuala Lumpur. Pada 15 Oktober 2008, mengisytiharkan Hindraf sebuah pertubuhan haram oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri Syed Hamid Albar dan mesti dielakkan oleh orang ramai.

Hindraf pernah membawa dakwaan palsu ke United Kingdom, kononnya Malaysia mengamalkan penghapusan etnik penganut Hindu di Malaysia. Sedangkan kaum India beragama Hindu di sini hidup dalam aman damai. Kini ekstremis Hindu ini kembali mengganas dalam sikap mereka. Menjadi kebimbangan rakyat Malaysia jika sikap ini ada persamaan mereka dengan pendekatan Tamil Tigers, kumpulan pengganas Hindu yang terkenal itu.

“Tahap keterlampauan puak radikal Hindu ini sudah melepasi batasan yang sepatutnya. Kita memohon agar kerajaan bertindak segera ke atas mereka.

Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy pernah mempertikaikan Kerajaan Negeri Perlis menjemput Zakir menyampaikan khutbah di Malaysia dengan alasan sedang disiasat pihak berkuasa India. Malahan, Waythamoorthy turut mempersoalkan apakah motif sebenar kerajaan menggalakkan ceramah Dr Zakir di negara ini.

Boleh dikatakan Hindraf merupakan satu kelompok radikal agama yang melampaui batas, malah tidak tahu bersyukur atas segala kebaikan yang negara ini berikan kepada mereka.

Mereka cuba membawa keputusan kerajaan Hindu India ke atas umat Islam di Malaysia. Apakah mereka setuju jika ada pihak yang meminta agar keputusan Iran, ataupun Pakistan ataupun Saudi dilaksanakan ke atas kaum mereka di Malaysia?

Dr. Zakir Naik adalah seorang pendakwah Islam yng dianugerahi oleh kerajaan Malaysia sebagai Tokoh Maal Hijrah pada 2013.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »