Dakwa Neelofa dan Bank Rakyat jual agama : Ini fakta untuk rujukan


Kad bank pun dituduh sebagai bahan menjual agama?


Nampaknya perasaan hasad dengki atau PHD masih lagi menebal dikalangan masyarakat kita. Mungkin juga perasaan Islamfobia masih lagi wujud dikalangan sesetengah pihak.

Entah apa masalah pengguna media sosial ini sehingga menuduh Bank Rakyat menjual agama Islam dalam produk patuh syariah mereka, Kad Muslimah.

Tahu tak apa itu Kad Muslimah?

Kad Muslimah merupakan Kad Kredit-i Bank Rakyat yang terbaru dikeluarkan oleh Bank Rakyat khusus untuk golongan wanita. Kad ini adalah satu-satunya Kad Kredit-i yang pertama khusus untuk golongan wanita yang patuh syariah di Malaysia.

Pemilik akaun Twitter dengan menggunakan nama Nazri M atau @nazrivovinski dan Thiault atau @ellemeelo ini barangkali tidak tahu bahawa Bank Rakyat merupakan satu-satunya bank yang 100% patuh syariah di Malaysia. Manakala di peringkat global pula, Bank Rakyat berada di kedudukan ke 12.

Memetik artikel Berita Harian bertarikh 26 Februari 2016, Bank Rakyat yang juga bank koperasi Islam, akan terus mengekalkan kedudukannya sebagai bank koperasi patuh Syariah terkemuka dunia.

Bank Rakyat ketika ini berada di kedudukan ke-270 daripada 1,000 bank, namun di tempat ke-12 dalam kedudukan bank koperasi global.

Sementara dalam kalangan 12 bank koperasi, Bank Rakyat adalah satu-satunya bank koperasi yang patuh Syariah dan terbaik di dunia!

Neelofa Bank Rakyat, Bank Pilihan Anda
#KadMuslimah #BankRakyat #Syariah #Islam

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »