Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada Mac 1956 berperanan bagi mengkaji dan merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah Kerajaan Pusat sebelum Tanah Melayu
mendapat kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957.
Suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang Hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid. Pertemuan sebanyak 118 kali telah diadakan antara Jun hingga Okt 1956, iaitu selepas rombongan Parti Perikatan pulang dari perundingan London, dan telah menerima 131 memorandum dari pelbagai pihak individu dan organisasi.
Semua surat memorandum daripada rakyat jelata yang berminat akan dipertimbangkan dan terdapat juga yang ditolak termasuk daripada Parti Perikatan sendiri.
Suruhanjaya tersebut telah menyerahkan draf kerja atau laporan pada Feb 1957 yang telah diperhalusi oleh jawatankuasa kerja.
Jawatankuasa kerja diwakili oleh 4 orang pemerintah Melayu, 4 daripada parti yang memenangi pilihanraya pertama iaitu Parti Perikatan, Suruhanjaya Tinggi British, Setiausaha Agung dan
Peguam Negara.
Sekian dahulu untuk hari ini. Penulisan esok bertajuk "Proses Kemerdekaan". Teruskan bersama-sama kami di Malaysia Menjerit. Terima kasih.
#NegarakuSehatiSejiwa #HariKebangsaan2017
ARTIKEL TERDAHULU :
SEJARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Bermulanya satu penindasan
SEJARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Kebangkitan rakyat
SEJARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Melawan Malayan Union