SEJARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU - Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Cadangan : -


  • Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka akan diketuai seorang raja.
  • Sistem kerajaan bersekutu sedia ada diteruskan iaitu dengan kewujudan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
  • Raja-Raja Melayu kekal sebagai Ketua Negeri masing-masing 
  • Negeri tidak beraja bergabung dalam persekutuan dan diketuai oleh Yang Dipertua (Berperanan seperti Gabenor) 
  • Corak pemerintahan demokrasi dan ahli Parlimen dipilih malalui pilihan raya mewakili rakyat.


Pindaan :-

1. Bahasa dan Agama.
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil yang dicadang boleh digunakan di dalam Parlimen dan Dewan Negeri ditolak tetapi hak orang Cina dan India menggunakan bahasa masing-masing sebagai
bahasa penggantar di sekolah rendah telah diterima.

Cadangan mengenai Agama juga dipinda dan walaupun rumit, agama Islam tetap diterima sebagai agama Rasmi Persekutuan. Pindaan ini diterima oleh orang bukan Melayu kerana menjamin
hak setiap rakyat Persekutuan Tanah Melayu untuk bebas manganut agama sendiri.

2. Hak Keistimewaan Orang Melayu
Menurut Suruhanjaya Reid ianya hendaklah dipertimbangkan selepas 10 tahun merdeka. Cadangan ini dipersetujui bahawa hak keistimewaan ini dipertimbangkan dari semasa ke semasa atas
arahan Yang di-Pertuan Agong.

Sekian, berakhirnya artikel ringkas tentang sejarah kemerdekaan Tanah Melayu. Terima kasih kerana mengikuti dan bersama-sama kami di Malaysia Menjerit.

#NegarakuSehatiSejiwa #HariKebangsaan2017

ARTIKEL TERDAHULU :

SEJARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Bermulanya satu penindasan

SEJARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Kebangkitan rakyat

SEJARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Melawan Malayan Union

SEJARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Suruhanjaya Reid

SEJARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Proses kemerdekaan

SEJARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Bincang dan teliti

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »