PENDERAAN SEKSUAL KANAK-KANAK


Dunia semakin hari semakin menjadi tempat yang menakutkan untuk didiami. Pembunuhan, pembantaian dan segala macam jenis kekejaman wujud diatas muka bumi ini. Negara kita pun tidak terlepas dengan segala masalah seperti ini termasuk jenayah penderaan terhadap kanak-kanak.


Pelbagai kes penderaan terhadap kanak-kanak termasuklah kes penderaan seksual keatas kanak-kanak. Kes ini dalam rekod polis sejak dari tahun 2010 hingga Mei 2017 adalah sebanyak 22,234 kes. Daripada jumlah kes tersebut, 13,272 keasa adalah kes rogol, 1,796 kes sumbang mahram, 1,152 kes seks luar tabii dan 6014 kes cabul.

Negeri Johor mencatatkan kes rogol paling tinggi iaitu sebanyak 2,089 kes manakala Sabah mencatat kes sumbang mahram yang tertinggi iaitu sebanyak 263 kes. Manakala Selangor pula merekodkan jumlah kes seks luar tabbi dan cabul paling tinggi iaitu sebanyak 235 kes dan 1052 kes.

Itu belum masuk kes penderaan fizikal terhadap kanak-kanak. Perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan kerana jumlah ini bukannya kecil. statistik ini juga menunjukkan ramai lagi rakyat Malaysia diluar sana terdedah kepada ancaman ini.

Kita tentu tidak dapat membasminya seratus peratus, namun jenayah ini perlu diperangi sebaik mungkin. Malaysia perlu menjadi negara contoh sebagai antara negara paling aman dan selamat untuk kanak-kanak tinggal.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »