Penggunaan MRT yang mula beroperasi sepenuhnya (laluan Sungai Buloh - Kajang) pada 17 Julai baru-baru ini merupakan satu pilihan tepat terhadap rakyat dalam mencapai objektif mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Bagi golongan guru dan pelajar, kemudahan insfrakstruktur baharu ini dilihat paling efektif kerana ianya menjimatkan kos perjalanan dengan merujuk kepada jumlah tambang tiket yang kurang daripada RM6.
Jumlah tambang ini jauh lebih jimat jika dibandingkan dengan kos minyak petrol bagi perjalanan kereta lebih-lebih lagi bagi pengguna yang terpaksa menggunakan laluan tol.
Tambahan pula, penggunaan MRT yang mampu memuatkan 1,200 penumpang untuk sebuah gerabak jauh lebih menjimatkan masa.
Bagi ibu bapa yang menghadapi masalah untuk menghantar anak-anak ke sekolah, MRT merupakan satu langkah alternatif bagi memastikan para pelajar sampai ke sekolah tepat pada waktunya.
Penggunaaan MRT terhadap pelajar sekolah turut mengurangkan risiko kemalangan jalan raya seperti ketika melintas jalan raya dan ketika menunggang motosikal.
Untuk rekod, tambang tiket dari Sungai Buloh ke Kajang hanya RM5.50 dengan penggunaan kad Touch N\' Go dan RM4.60 untuk bayaran tunai dan masa perjalanan adalah kira-kira 80 minit.
Stesen laluan Semantan-Kajang terletak di Muzium Negara, Pasar Seni, Bukit Bintang, Tun Razak Exchange Centre, Maluri, Cochrane, Taman Pertama, Taman Midah, Taman Connaught.
Taman Mutiara, Suntex, Sri Raya, Bandar Tun Hussein Onn, Batu 11, Cheras, Bukit Dukung, Sungai Jernih, Merdeka, Stadium Kajang dan stesen Kajang.
#JomNaikMRT