SEJARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU - Bermulanya satu penindasan


Siapalah kita tanpa sejarah...

Mulai hari ini hingga 6 Ogos 2017, Malaysia Menjerit akan mengeluarkan artikel ringkas secara bersiri mengenai sejarah kemerdekaan Tanah Melayu. Semoga artikel ini memberi manfaat
kepada semua. Selamat membaca!


Air mata, darah dan keperitan adalah pengorbanan nenek moyang kita dalam menuntut kemerdekaan daripada cengkaman penjajah. Malaysia atau dulu dikenali dengan nama Tanah Melayu sudah dijajah oleh pelbagai kerajaan kuasa besar dunia.

Sejarah kemerdekaan Tanah Melayu ini merupakan satu perjalanan yang cukup panjang. Andai dicanai dalam bentuk penulisan, sudah tentu dapat menerbitkan senaskah buku. Namun, penulis berhasrat untuk membawa pembaca mengimbau sejarah negara bermula daripada penubuhan Malayan Union.

Malayan Union atau Kesatuan Malaya diwujudkan pada tahun 1946. Idea dan rancangan menubuhkan Kesatuan Tanah Melayu atau Malayan Union sebagai satu bentuk pemerintahan yang baru bagi Tanah Melayu telah mula dikaji dan disusun oleh pihak Inggeris sejak Tanah Melayu mula jatuh ke tangan Jepun pada awal 1942.

Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London secara diam-diam, tanpa menghebohkan kepada Raja-raja Melayu dan orang Melayu, telah mengambil keputusan untuk menubuhkan suatu pemerintahan yang bercorak Malayan Union bagi menggantikan Pemerintahan Tentera yang diperkenalkan oleh mereka.

Proses Malayan Union


  • British memperkenalkan pentadbiran ini dan diluluskan pada 10 Oktober 1945.
  • Sir Harold Mac Michael (wakil British) mendapatkan tandatangan daripada 9 orang Raja-raja Melayu.
  • Malayan Union diluluskan secara rasmi pada Januari 1946.


Tujuan Pembentukan


  • Penyatuan wilayah-wilayah pentadbiran berasingan.
  • Meningkatkan kecekapan Pentadbiran.
  • Percubaan British ke arah pemerintahan sendiri oleh rakyat tempatan, tetapi mengikut ciri politik British.
  • Langkah penyatuan politik.


Sekian dahulu untuk hari ini. Penulisan esok bertajuk "Kebangkitan Rakyat". Teruskan bersama-sama kami di Malaysia Menjerit. Terima kasih.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »