Ketagihan rokok merupakan antara dua penyebab utama penyakit Kanser paru-paru dan COPD. Kajian Perokok Dewasa Global (GATS) pada 2011, menunjukkan lebih 43 peratus lelaki di Malaysia adalah perokok manakala 2.3 juta hingga 7.6 juta orang dewasa terdedah pada asap rokok di tempat kerja dan rumah.
Satu-satunya punca kepada dua penyakit kronik ini ialah rokok. Risiko penyakit ini boleh dikurangkan dengan berhenti merokok seawal mungkin. Perokok yang memulakan awal aktiviti merokok ini akan mengalami kerosakkan paru-paru yang teruk. Apa yang malang kerosakkan ini tidak boleh dipulihkan semula. "Damage have been done".
COPD atau penyakit sekatan pulmonari kronik ialah penyakit paru-paru progresif yang membuatkan seseorang sukar bernafas. Ia berlaku kepada individu berusia 40 tahun ke atas dan disebabkan kesan merokok serta jerebu dalam atmosfera. Gejala umum seperti sesak nafas, pengeluaran kahak berlebihan serta batuk kronik.
“COPD boleh dielak jika individu menjalani hidup sihat seperti tidak merokok. Kerajaan perlu meneruskan program kesedaran pendidikan bagi meningkatkan pengesanan awal dan menguruskan COPD dengan lebih baik.
Tindakan pencegahan awal patut diambil atas rasa tanggungjawab dengan tidak merokok. Mungkin pada usia muda tiada masalah, namun memasuki usia emas ia memberi kesan tidak baik, malah membahayakan nyawa.