Perbincangan mengenai laporan yang dikeluarkan mengambil masa 2 bulan dan apabila pindaan telah diterima untuk rang perlembagaan itu dirujuk kepada Majlis Raja-Raja untuk disahkan. Kemudian rang perlembagaan itu dibincangkan semula dengan kerajaan British.
Cadangan suruhanjaya diterima oleh Parlimen British pada Jun 1957. Draf perlembagaan dibentang untuk diluluskan Majlis Perundangan Persekutuan.
Rang perlembagaan itu telah diperkenan Majlis Raja-Raja pada bulan Jun 1957 dan Majlis Undangan Persekutuan telah menerima dan meluluskannya pada 15 Ogos 1957. Perlembagaan tersebut berkuatkuasa pada 27 Ogos (walau bagaimanapun, secara rasminya pada 31 Ogos iaitu selepas kemerdekaan)
Perlembagaan tersebut kemudiannya telah dipinda dengan beberapa perubahan kecil bagi menyesuaikannya menjadi Perlembagaan Malaysia apabila Tanah Melayu bergabung debgan Singapura, Sabah dan Sarawak lalu membentuk Malaysia.
131 buah memorandum diterima daripada pelbagai pihak seperti Raja-Raja Melayu, orang perseorangan dan pertubuhan politik.
Cadangan Suruhanjaya diterbitkan pada bulan Februari 1957, Parlimen British menerimanya pada bulan Mei 1957 dan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan Tanah Melayu mengesahkannya pada 17 Ogos 1957.
Sekian dahulu untuk hari ini. Penulisan esok bertajuk "Bincang dan Teliti". Teruskan bersama-sama kami di Malaysia Menjerit. Terima kasih.
#NegarakuSehatiSejiwa #HariKebangsaan2017
ARTIKEL TERDAHULU :
SEJARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Bermulanya satu penindasan
SEJARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Kebangkitan rakyat
SEJARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Melawan Malayan Union
SEJARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Suruhanjaya Reid