SEJARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU - Melawan Malayan Union


Penentangan Terhadap Malayan Union



  • Orang Melayu menunjukkan rasa tidak puas hati melalui akhbar (Majlis & Utusan Melayu).
  • Dato’ Onn Jaafar (Presiden Persatuan Melayu Johor) membuat persidangan bersama 41 pertubuhan Melayu (Mac 1946).
  • Hasilnya, Kongres bersetuju memulau penubuhan Malayan Union.
  • Perkabungan selama 7 hari (April 1946).
  • Tunjuk perasaan di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Alor Setar.
  • Malayan Union juga ditentang oleh sebahagian kecil orang bukan Melayu.
  • Menyalurkan bantahan melalui pertubuhan Malayan Democratic Union (MDU).
  • Dilakukan kerana merasa mereka tidak mendapat apa-apa kelebihan yang istimewa.
  • Malayan Union dikatakan tidak demokratik kerana tidak menyatukan Singapura ke dalam kesatuan ini.
  • Masyarakat tempatan memulaukan Malayan Union dengan cara tidak menghadiri majlis pelantikan gabenor.
  • Berkabung selama seminggu dengan melilit kain putih di songkok.


Punca Kegagalan Malayan Union


  • Tentangan hebat daripada orang Melayu.
  • Kebangkitan semangat nasionalisme orang Melayu.
  • Segolongan bekas pegawai tadbir British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank Swettenham, R.O. Windstedt dan George Maxwell turut merasa tidak puas hati dengan penubuhan ini.
  • Bantahan-bantahan mereka turut disalurkan melalui akhbar di London.
  • Malayan Union dibatalkan dan diganti dengan pemerintahan baharu dikenali sebagai Persekutuan Melayu.


Sekian dahulu untuk hari ini. Penulisan esok bertajuk "Suruhanjaya Reid". Teruskan bersama-sama kami di Malaysia Menjerit. Terima kasih.

#NegarakuSehatiSejiwa #HariKebangsaan2017

ARTIKEL TERDAHULU :

SEJARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Bermulanya satu penindasan

SEJARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Kebangkitan rakyat

Share this

Related Posts

:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
:-?
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
$-)
(y)
(f)
x-)
(k)
(h)
cheer