Masih releven kah lagi zaman 'kabel/orang dalam' seperti ini? Walaupun kerajaan sedang giat memantau penjawat awam yang buat 'Parttime' kerja haram ini, mereka seolah-olah tidak takut sambil mempromosikan iklan mereka di aplikasi dan media sosial tertentu tanpa ada perasaan bersalah walau sikit pun.
Orang-orang yang macam ini lah yang membusukkan nama negara secara tidak langsung dengan meyakinkan kepercayaan orang-orang diluar sana bahawa di Malaysia, 'siapa ada duit dia lah raja' atau 'xde kabel susah nak hidup'.
Kerana duit yang tidak seberapa, pelbagai kesan negatif terhasil dengan penjawat awam menutup mata meluluskan sesuatu tanpa SOP atau pemeriksaan yang sepatutnya.
Kita sibuk mengutuk atau mengecam mana-mana ahli politik atau pemimpin yang dikaitkan dengan skandal rasuah padahal kita pun sebat dengan alasan "yang ini tidak seberapa banyak berbanding orang atasan!".
Mentaliti yang sebegini yang tidak patut dipegang kerana untuk membasmi sesuatu perlu dilakukan bermula dari akar umbi terus ke pucuk pimpinan.