Panik lepas bunuh bayi


Akibat panik, seorang lelaki berusia 17 tahun dikatakan menyimpan mayat bayi sendiri di dalam bakul motosikalnya selama 14 jam dan membawa ke beberapa lokasi termasuk di tempat kerjanya.


Sebelum ini, teman wanitanya dilaporkan bertindak menelan ubat yang dibeli atas talian dengan harga RM500.

Tidak lama kemudian, lelaki tersebut membuat laporan polis dengan mendakwa menemui mayat bayi di Empangan Sepayang, Rompin ketika hendak memancing seorang diri.

Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Muhammad Aidil Roneh Abdullah,

"Siasatan mendapati mayat bayi berkenaan sebenarnya diambil di rumah teman wanitanya yang berusia 18 tahun di Pontian Jaya."

Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »