Hukuman penjara selama 15 tahun dikenakan terhadap seorang lelaki atas kesalahan merogol anak rakan baiknya sendiri.
Pada asalnya tertuduh dikenakan hukuman 10 tahun penjara tetapi ia ditingkatkan menjadi 15 tahun selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan rayuan pendakwaan.
Tertuduh, J. Ravichandran berusia 43, seorang bapa kepada dua orang anak dan bekerja sebagai penyelia keselamatan itu didapati bersalah merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun 11 bulan di sebuah rumah di Taman Bukit Mewah, Kajang, pada 2.30 petang, 23 Mac 2012.
Bukan setakat penjara, manusia yang kejam itu turut dikenakan hukuman lima sebatan.
Harapkan pegar, pegar makan padi...
Bapa mangsa begitu mempercayai rakan baiknya itu dengan meninggalkan mangsa dalam jagaan tertuduh.
Sebaliknya tertuduh mengambil kesempatan demi memuaskan nafsu sehingga menggadai kepercayaan dan mengkhianati rakan sendiri.
Semoga kes ini menjadi pengajaran kita bersama.