Raja Salman mengisytiharkan pembatalan yuran visa bagi umrah dan haji bermula pada tahun ini.
Perkara itu dibuat susulan protes dari rakyat Mesir dan umat Islam di negara lain berikutan yuran visa itu yang disifatkan mahal.
Perkara itu diumumkan oleh Ahli Jawatankuasa Tinggi untuk Haji dan Umrah, Nasir Toruk, lapor akhbar Alborsa News.
Selain itu, Arab Saudi juga akan memberikan dua visa kepada setiap syarikat berlesan yang bekerja dalam bidang haji dan umrah.
Sementara itu, pihak berkuasa Arab juga turut menggesa orang Mesir untuk menubuhkan satu badan yang mengawal syarikat-syarikat di sini khusus dalam sektor pelancongan agama.
Agensi pelancongan yang mengendalikan jemaah haji dan umrah menyifatkan langkah ini sebagai berita baik untuk jemaah islam di Malaysia kerana yuran dikenakan sebelum ini sebanyak Rm2367.86 adalah mahal dan membebankan selain dianggap bertentangan dengan asas pembinaan Kaabah yang bertujuan mengajak umat islam berkumpul di situ.