Dalam perniagaan, pentingnya adaptasi. Adaptasi bermaksud kita menggunakan idea-idea daripada keadaan sekeliling, untuk dimuatkan dalam perniagaan kita. Cara ini menampakkan perniagaan kita sentiasa segar dan berinovasi.
#1 – Beri Masa 3 Bulan
Kata-kata ini diluahkan oleh Fahrin Ahmad supaya dapat memujuk ibunya untuk menerima kerjaya beliau dalam bidang lakonan. Dengan menetapkan tarikh spesifik, beliau berjaya mencipta banyak kejayaan besar dalam masa yang singkat.
Fahrin Ahmad juga menjadikan 3 bulan ini sebagai lonjakan tekanan yang positif. Di mana setiap hari tarikh ini menjadi pencetus semangat dan inspirasi, supaya beliau dapat membuktikan kepada ibunya.
#2 – Reputasi Adalah Duit Masuk
Populariti bukan jaminan untuk menarik lebih banyak duit. Wang masuk adalah reputasi. Fahrin Ahmad begitu menjaga nilai dirinya di hadapan khalayak ramai dan juga media.
Beliau percaya, reputasi adalah wang masuk. Perniagaan yang popular bukan jaminan perniagaan itu buat banyak duit. Manakala perniagaan yang mempunyai reputasi terhadap klien-klien tertentu adalah salah satu faktor mengapa perniagaan itu mempunyai aliran tunai yang masuk lebih banyak.
#3 – Popular Bukan Gambaran Kredibiliti
Artis popular boleh datang dari pelbagai sudut populariti. Antara yang jelas adalah kontroversi. Kontroversi yang tidak baik bukan gambaran si artis itu berkredibel. Ia memusnahkan nilai artis itu sendiri.
Perniagaan mempunyai prinsip yang sama. Kredibiliti perniagaan lebih penting untuk memastikan pelanggan suka untuk berurusan dengan bisnes kita. Antara cara meningkatkan kredibiliti dalam perniagaan, adalah menerusi hubungan yang baik dengan pelanggan.
#4 – Imej Adalah Jenama
Dari sudut bisnes, imej yang baik adalah jenama yang berkuasa.
Paparan imej yang baik dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan. Kepercayaan ini bertukar menjadi wang besar dalam perniagaan.
#5 – Jujur Itu Emas Berharga
Bagi Fahrin Ahmad, kejujuran itu adalah kredibiliti. Penaja yang datang kepada beliau melihat nilai dirinya secara keseluruhan.
#6 – Jadi Bisnesman Sihat
Aktiviti waktu petang Fahrin Ahmad melibatkan aktiviti yang menyihatkan badan. Oleh sebab itu tubuh badannya sasa, sentiasa ceria dan bertenaga sepanjang hari.
#7 – Fokus Aktiviti Utama Bisnes
Fokus adalah tindakan penting untuk memajukan perniagaan. Pilih satu aktiviti utama bisnes. Letakkan fokus dan jadikan ia sebagai aktiviti wajib setiap hari.