Goh V Shem dan Tan Wee Kiong berjaya merangkul kejuaraan badminton Siri Super Dunia Akhir di Dubai.
Tahukah anda, pasangan No. 1 dunia itu hanya mengambil masa 40 minit untuk menewaskan pilihan pertama kejohanan yang juga beregu No. 5 dunia, Kamura Takeshi-Keigo Sonoda dari Jepun 21-14, 21-19.
Sebelum ini, V Shem-Wee Kiong yang juga anak didik Jeremy Gan itu turut merangkul beberapa kejayaan besar, termasuk memenangi pingat perak Sukan Olimpik Rio, Ogos lalu dan Siri Super Premier Terbuka Denmark pada September lalu.
#Badminton #Dunia #Malaysia